Gambar

Gambar

SELAMAT DATANG DALAM BLOG JAGA IMAN, MANTAPKAN HATI

Wednesday, 16 December 2015

MAHALNYA UCAPAN "TERIMA KASIH"






Benar mahupun tidak?, dikatakan kebanyakan masyarakat hari ini khususnya generasi muda agak "sukar" mengungkapkan ucapan "terima kasih" dalam kehidupan harian. 

Begitu mahalnya ucapan ini, sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu untuk berbuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat "menyedihkan".

Mudah sebenarnya mengucapkan terima kasih, malah kanak-kanak kecil pun sudah mampu melontarkannya dengan baik. Namun, ia masih berat dan kelu untuk dijadikan pakaian lidah bagi segelintir manusia.
Kenapakah hal ini berlaku? silap siapa?


Tolang jangan salahkan sesiapa, kerana budaya ini merupakan amalan kita sewaktu kecil lagi, tetapi cabaran globalisasi dan peralihan sikap yang memperlihatkan kepada sahsiah individualistik, meterialisme, menyebabkan segelintir daripada kita "lupa" atau sengaja membuat lupa akan kepentingan pengunaan nilai ini.


Kesimpulannya, kita tanamkanlah dalam jiwa kita budaya mengucapkan terima kasih. Ungkapan ini, sangat kecil nilainya, kalau kita tidak mampu melakukannya, inikan pula masalah yang besar. Ayuh sama-sama kita muhasabah diri. Sekian.
















No comments :

Post a Comment